Thursday, January 5, 2012

Kesah Kontroversi

Assalamualaikum wbt…
Okeh, once again aku rasa terpanggil untuk bagi komen and pendapat tentang kesah2 kontroversi ni. To cut short this story, aku tak nak ulas pasal kontroversi mana-mana pon, tapi nak pesan sikit kat para blogger-blogger hebat M’sia nih.

Aku tengok trend blogging zaman sekarang ni seriously macam sampah. Sebabnya ada segelintir blogger-blogger sampah (bukan nama sebenar) duk kecoh mencanang sana-sini masalah dan keaiban orang lain dengan post yang bukan-bukan. Contohnya, kalau ada seorang hamba Allah yang buat salah, bagi blogger-blogger sampah (bukan nama sebenar) ni, hukumnya WAJIB buat at least 1 entry ringkas nak bagitahu pembaca-pembaca/follower yang tak berapa nak pandai ni pasal si polan tu, ada buat salah silap.

Tapi pernah tak kau terfikir, berapa ramai yang akan ambik iktibar daripada peristiwa hitam orang lain berbanding dengan yang memaki hamun orang yang melakukan kesilapan tersebut? Pernah tak kau terfikir kalau-kalau kau sendiri yang alami kes macam tu? Tak pon, adik kau yang buat hal? Tak pon mak cik kau ke, girlfren kau ke? Tak ke korang rasa malu? Ataupun bangga?

“Wow!Bangga syiot makcik aku masuk blog-blog sampah sebab gambar bogel yang dia post kat fesbut leaked.” Ada ke orang yang rasa macam tu?

Mesti ar malu kan? Tak pon marah sebab orang lain sebuk duk canang cerita keaiban kau dan yang sewaktu dengannya. Kau boleh jamin tak, sape-sape yang baca entry kau pasal keaiban orang lain akan diam dan habis kat situ je? Paling tak pon, dia akan bagitau orang sebelah. “Weh, ko nak tengok gambar seksi dia tu tak? Ade kat blog sekian sekian.” Tak pasal-pasal korang dapat sama saham akhirat. Bukan pahala, tapi dosa membuka keaiban orang. Kita ni manusia akhir zaman dah la pahala tak berapa nak ada, ni kan pulak duk tambah dosa. One more things, kau pasti ke benda-benda yang kau post tu memang sahih? Kalau setakat dengar or baca kat mana-mana, better hentikan la. Takut jadi fitnah pulak. Daripada kau fitnah orang tu, baik kau bunuh jer. Senang citer!

So, pesan aku, kepada blogger-blogger sampah(bukan nama sebenar):
1. Tak payah ambik jalan mudah untuk dapatkan keuntungan dengan menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

2. Tak payah nak hipokrit jadi baik sebab kita tak perfek. Manusia ni hidup penuh dengan kepura-puraan (even aku sendiri pon). Kita letakkan diri kita di tempat orang lain, baru lah kita faham kedudukan sebenar sesuatu masalah.

3. Fikir dulu sebelum buat sesuatu. Kau buat something konon-kononnya nak bagi orang lain insaf. Even benda yang kau buat tu tak bagi efek kepada si pembuat salah tu, tapi kau kena ingat, dia ada family, ade mak bapak. Fikir la sikit perasaan orang lain kalau tak nak fikir perasaan orang yang buka aib sendiri tu.

So, pandai-pandai lah korang decide. Sape la aku ni nak bagi nasihat kat orang-orang hebat macam kau orang ni kan. Maklumlah, follower ribu riban. Bayangkan, kalau ribu riban kau punye follower tu sebarkan benda baik daripada blog kau, berapa banyak pahala yang kau dapat? Macam tu jugak dosa, the same thing! Pandai-pandai lah nak hidup~ ;)

No comments: