Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan salam 1 Dunia.
Dulu, masa aku kecil, abah selalu rotan aku. Tali pinggang, lidi kelapa, batang penyapu, hanger baju, sume tu jadi makanan aku tiap hari. Menangis tak berair mata aku bile terkena rotan abah.
Masih segar dalam minda aku, waktu aku dipanggil abah ketika aku tengah mandi sungai. Tangan abah silang ke belakang, dan tanpa segan silu, batang lidi hinggap ke paha aku. Pedih! Sakit! Masa tu, aku benci sangat kat abah. Marah sangat-sangat. Tapi sekarang, baru aku sedar yang abah buat semua itu kerana abah sayangkan aku. Dia takut akan kehilangan aku disebabkan lemas. Kalau dulu aku benci abah, sekarang ni aku sayang abah.
Aku masih belum lupa, peristiwa aku disimbah air ketika tidur. Waktu itu baru balik dari sekolah. Dek kepenatan berjalan kaki hampir 1.5km dari sekolah ke rumah, aku tidur tak hengat dunia. Dengan tidak semena-mena, aku dikejutkan dengan hujanan air penuh sebaldi. Basah kuyup aku dibuatnya. Kebingungan, kehairanan. Apa lagi yang aku buat salah dimata orang tua itu. Sekarang baru aku mengerti, kenapa abah begitu marah bila anaknya terus tidur setelah pulang dari sekolah, tanpa tukar pakaian sekolah, tanpa mandi dan solat. Abah takut anaknya akan terlena sehingga asar menjelma. Dan abah takut tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dipersoalkan kelak. Kalau dulu aku benci abah, kini aku sayang abah.
Abah mengembala kambing sebagai aktiviti sampingan. Setiap petang, aku dan adik2 disuruh untuk menghambat kambing2 abah masuk ke kandang. Abah bersama kami dan selalunya, aku dimarahi dek kedegilan kambing yang tidak mahu memasuki kandang. Lantas dek kerana marahkan abah, aku berlalu pergi, merajuk naik ke rumah dan diamkan diri tanpa menghiraukan panggilan abah untuk pertolongan. Kejamnya aku waktu itu. Jahilnya aku sebaga seorang anak. Suatu hari, aku mendapat berita gembira kerana diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Dek kerana kekurangan wang untuk belanja aku ke sekolah baru, abah menjual kambing2 gembalaannya bagi menampung hidup aku di sana. Sekarang baru ku tahu kenapa abah bertungkus lumus tanpa menghiraukan penat lelah. Abah marahkan aku semasa menghambat kambing2 memasuki kandang kerana kepenatan. Seharian bekerja, ditambah pula dengan urusan gembalaan kambing sangat memerlukan tenaga yang banyak. Menyesal aku tidak menghiraukan permintaan pertolongan abah.
Kalau hendak diceritakan satu persatu, rasaya tidak terhitung jasa abah terhadapku. Kiranya ingin imbas sedalam-dalamnya, banyaknya kejadian yang mengguris hati abah yang aku lakukan. Betapa berdosanya aku waktu itu. Andai kata Allah mengambil nyawaku sebelum ini, matilah aku dalam keadaan anak derhaka.
Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini. Sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa terhadap kedua orang tuaku. Sesungguhnya abah merupakan orang yang paling menyayangi aku dan aku juga menyayangi abah. Panjangkanlah umur kedua ibu bapaku, dan rahmatilah hidup mereka setiap masa. Amin!
Moral of the story:
Di sebalik perlakuan seorang bapa, terdapat alasan yang sangat munasabah dan sentiasa dilakukan demi anak2nya. Walaupun kita tidak mengerti sejauh mana pengorbanan bapa terhadap kita, luangkan masa sejenak untuk memikirkannya. Sesungguhnya benarlah kata pujangga, kasih ibu membawa ke syurga, pengorbanan ayah tida tandingnya. Renung2kan.
4 comments:
kalau ade butang like..aku dh like post nie
purpleyellow:
thanks.;)
sedih nyer baca entry ni . ya allah .
saya selalu kecewakan hati abah . tapi abah sedikit pun tak pernah sisihkan saya..dia tetap layan saya macam tak de salah besar yang saya dh lakukan kat die.saya pernah kecewakan die sampai mengalir air mata dia.terduduk die diam terpaku sejenak memikirkan apa yg telah saya lakukan . malu untuk menatap wajah abah ketika itu .saya mencongteng arang kt muka dia sedangkan dia banyak bersusah payah untuk pastikan saya hidup selesa .
saya mmg anak derhaka.
terima kasih sbb entry ni dh bukak mata saya luas2 betapa besarnya nilai kasih syg seorang bapa .
anna:
yup..saya pon selalu kecikkan hati abah.selalu menconteng arang di muka abah..tapi sikit pon abah buat tak kesah.control macho la kot. tapi deep inside his heart, i know he's really kecil hati, terguris. tapi sikit pon abah tak tunjukkan depan ank2nya..;(
Post a Comment