Sunday, March 20, 2011

Pesanan buat Kaum Hawa

 Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.
Sesungguhnya, dalam memilih pasangan, islam menuntut kita memilih seorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh selain daripada mempunyai nilai integrity yang tinggi. Ini adalah pesanan peribadi saya sebagai seorang lelaki kepada kaum hawa dalam memilih calon suami.

Pilihlah seorang lelaki yang setia kepada ibunya dan lebih mengutamakan ibunya daripada cintanya kepada kekasihnya. Lebih tepat lagi seorang lelaki yang lebih mencintai ibunya berbanding mencintai anda sebagai kekasihnya. Kenapa? Kerana anak-anak anda bakal dididik untuk lebih mengutamakan ibunya berbanding kekasihnya kelak. Sekiranya anda memilih seorang lelaki yang lebih mengutamakan kekasihnya daripada ibunya, maka anda akan mendapat balasan yang sama kelak di mana anak-anak lelaki anda akan lebih mencintai kekasih mereka berbanding anda,ibunya.

Pilihlah seorang lelaki yang hanya akan mengambil berat akan anda setelah beliau yakin bahawa ibunya dalam keadaan yang sihat sejahtera. Lebih tepat lagi lelaki yang sentiasa mengambil tahu akan keadaan ibunya setiap masa. Golongan ini merupakan antara golongan yang sukar ditemui pada masa sekarang kerana kebanyakan anak lelaki jarang menghubungi ibu mereka semata-mata untuk bertanyakan khabar. Untuk memastikan perkara tersebut, tanyalah kepada pasangan anda sekerap manakah beliau menghubungi ibunya untuk bertanya khabar. setelah itu, bandingkan dengan sekerap manakah beliau menghubungi anda. Pada logiknya, seorang lelaki akan menghubungi ibunya paling kerap pun seminggu sekali. Namun, setiap masa menghubungi kekasihnya. 

Pilihlah lelaki yang mendahulukan ibunya dalam apa jua perkara. Lebih tepat lagi, seorang lelaki yang sentiasa mendahulukan pendapat ibunya dalam mengambil keputusan-keputusan yang penting. Kebanyakan lelaki zaman kini lebih suka bertanyakan pendapat pasangan masing-masing terlebih dahulu berbanding dengan pendapat ibunya sendiri. Sekiranya calon suami anda merupakan seorang yang bersikap demikian, maka anda harus menasihati beliau dalam membuat keputusan dan mendapat pertimbangan ibunya terlebih dahulu sebelum anda. 

Pilihlah seorang lelaki yang lebih merisaukan keadaan ibunya berbanding anda yang tidak sihat. Golongan lelaki muda zaman kini lebih merisaukan akan kekasihnya yang demam berbanding ibunya di kampong keseorangan. Golongan ini lebih merisaukan kekasihnya yang tidak sihat berbanding ibunya yang menahan rindu akan anak lelakinya. Sekiranya calon suami anda sedemikian, maka haruslah anda sebagai bakal ibu kepada anak-anak anda menasihati beliau supaya lebih merisaukan ibunya di kampong agar bakal anak-anak anda tidak lebih merisaukan kekasihnya berbanding anda sendiri. 

Pilihlah seorang lelaki yang sentiasa memberikan hadiah istimewa kepada ibunya walaupun tiada sebarang hadiah untuk anda. Pemuda zaman kini lebih mengutamakan hadiah istimewa buat kekasih berbanding ibu mereka. 

Anda kaum hawa perlu ingat. Jiwa kaum anda sangat sensitive dan mudah terluka. Anda bayangkan betapa terlukanya hati seorang ibu bila mengetahui anak lelakinya menghubungi kekasih hatinya setiap masa, tetapi menghubungi ibunya seketika sahaja. Bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu bila mengetahui bahawa anaknya meminta pendapat kekasih hatinya berbanding pendapatnya seorang ibu dalam membuat keputusan. Bayangkan betapa pilunya hati seorang ibu bila mengetahui tiada hadiah istimewa untuk harijadinya walhal teman istimewa anak lelakinya sentiasa diberikan hadiah. Walaupun ibu bukannya bersikap materialisti, namun hadiah istimewa buat seorang ibu cukup dengan ucapan ‘saya sayangkan ibu’. 

Kepada kaum hawa, sila semak kekasih masing-masing, adakah beliau benar-benar layak untuk menjadi bapa kepada bakal anak-anak anda agar anda tidak dilayan remeh oleh anak-anak anda kelak. Sekiranya tidak, maka anda perlulah menasihati mereka agar melakukan perubahan demi menjaga hubungan yang baik dengan ibu mereka. 

Kepada kaum adam, sila semak diri anda sejauh manakah hubungan anda dengan ibu anda setaka ini? Adakah kita benar-benar layak untuk bergelar seorang anak di mata seorang ibu? Berapa kalikah anda mengucapkan kalimah ‘saya saying ibu’ kepada ibu anda? Berapa kalikah anda memohon maaf kepada ibu anda atas kesilapan-kesilapan yang dilakukan selain daripada hari raya?
Fikir-fikirkan…

12 comments:

akmal said...

remaja skrang sama je, utamakan kekasih dr keluarga sendiri. huhu, masalh betul

Unknown said...

:)

MyraAyreen ^^ said...

nice entry !~

Mr.Eye said...

akmal:
hurm..kdg2 bukan remaja je.pasangan yg dh kawen pon camtu gak.ingat. anak lelaki walaupun dh berkawin tetap menjadi milik ibunya. tapi kalau anak perempuan once dh kawen, akan menjadi milik suaminya. ini bermaksud, walaupun seorang lelaki dh kawen, tanggungjawab terhadap ibunya masih wajib dipikul.

salwaismail:
;)

myra ayreen:
thanks.. ;)

MaErA kZz said...

jalan-jalan sini sambil tgk entry dan bce skali . . hehe . . btw,nice blog,fren . .

Mr.Eye said...

maera kzz:
thanks..! ;)

Adlan said...

;p

nabila saat said...

terbaek..!!

liyana said...

nice entry~~

liyana said...

nice entry..like it..btw..come to my blog special entryy..
http://liyanaloud.blogspot.com/2011/04/penyertaan-keempat.html

zacky786 said...

nice entry ~

Mr.Eye said...

adlan:
;)

nabila saat:
tak dela terbaik sgt.biasa2.cebisan dari hati seorang blogger cabuk.

liyana:
thanks for the compliment
and thanks for the entry. really appreciate it.;)


zack entry:
thanks bro. ;)