Thursday, February 17, 2011

Tak Salah nak Malu-Malu?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Dah baca tajuk? Haaa..bagos! walaupun tajuk tu macam pelik je, tapi lantak la..yang penting, aku nak buat exercise jari jemari halus ku *auw3* nak taip entry panjang- panjang, nak bagi korang melantap dengan sangapnya! Eyh2, silap..nak bagi korang bacalah. Adoi..nak panjang punyer pasal, pi koner selekoh jauh..kan3...haha..
Haaa..tajuk aku kali ni xde kaitan ngan seks pon. Bukan aku nak suruh korang jangan malu2 nak bukak suar kat tempat awam, bukan aku nak galakkan korang agar tak tahu malu, tapi aku keluarkan entry ni atas dasar keprihatinan terhadap apa yang berlaku dalam dunia fantasi internet skang ni. Lebih tepat lagi, isu anonymous! Actually, isu anonymous ni bukan la satu isu baru yang timbul dalam masyarakat kita nih. Dan aku rasa dah agak lapuk dah pon. Time bujang lapok xlahir lagi pon aku rasa dah ada golongan2 macam ni. Cuma skang ni tahap kesuburan baka dorang ni melonjak2 dek kerana nafsu serakah yang hebat. So, that’s why la ramai anonymous yang lahir tanpa sedar. Tup2, dah beranak!hahaha... 

Bagi aku, anonymous ni bukan la isu yang patut kita bahaskan. Sebabnya memang nyata dan kita sendiri pon tahu akan kebaikan dan keburukan makhluk yang bergelar anonymous. So, tujuan aku buat entry ni adalah nak bagi pendapat aku tentang isu golongan songsang anonymous! Hurm. Berat jugak ni nak berdiskusi. Tapi xpe, demimu anonymous, relaku pujuk jari jemari yang penat untuk terus menari2 di atas keyboard ku sampai pengsan!

Aku rasa korang pon tahu setiap benda yang berlaku dalam hidup kita, memang ada hikmahnya kan. Tak kisah la sama ada perkara yang terjadi tu baik ataupun buruk, kita patut fikirkan hikmahnya. Yang baik kita contohi, yang buruk kita teladani. Kita salu dengar orang-orang putih cakap “buang yang keruh, ambil yang jernih” dan aku rasa dalam dunia skang ni, pepatah tu kurang sesuai. Sebabnya, dalam dunia moden skang ni, kehidupan seharian kita lebih cenderung kepada kehidupan yang keruh. Lebih spesifik lagi, banyak yang keruh dalam dunia skang ni. So, camne kita nak buang yang keruh sedangkan sebahagian kehidupan kita jalani skang ni adalah kekeruhan. Itu juga bermakna kita akan terpaksa membuang separuh kehidupan kita. Sebagai contoh, dalam sesbuah keluarga, tak semua ahli dalam keluarga tersebut bersifat baik. Tapi tak mustahil. So, kalau ada mana2 part yang kita tak suka dalam family kita, takkan la kita nak buang sedangkan itu boleh dikategorikan sebagai perkara yang mustahil. Isu aku di sini bukan untuk membahaskan peribahasa or whatsoever, tapi just melontarkan pendapat, bukan melontarkan vocal cam penyanyi2 yek. 

So, bagi aku, kata2 pujangga “buang yang keruh, ambil yang jernih” tu memang tak salah sama skali, malah aku puji sapa yang keluarkan kata tersebut. Tapi zaman skang ni kita perlukan perubahan. Perubahan apa? Yang keruh tu kita jangan buang, tapi kita treat@rawat biar jadi jernih. So, kita akan dapat benda2 yang jernih 2 kali ganda. Tapi mesti ingat, tak semua benda boleh dirawat. Tapi tak mustahil taw! Back to our topic, anonymous! Sebab dalam dunia ni memang semua benda diciptakan berpasang-pasangan. Ada yang baik, mestilah ada yang kurang baik. So, kita jangan pandang sebelah mata jek. So, aku nak bagi pendapat aku tentang kelebihan dan kekurangan anonymous ni. And to be more specific, I choose to discuss on blogging issues. 

Kalau kita dapat komen dari anonymous, kita patot bangga. Sebab? Mereka concern kepada kita yang berkarya dalam blog. Kenapa dia menggunakan anonymous?

1. Mungkin malu untuk pemperkenalkan diri atas alasan2 peribadi and so on. So kita kena hormati keputusan mereka.

2. Dorang tak de account blog yang boleh dilogin kan untuk menggunakan ID masing-masing

3. Dorang ni penakut. 

Okeh. Kalau dapat golongan yang first and second 2 memang ok la kan. Tapi bagi golongan anonymous yang third 2, cam xbest la pulak. Kenapa perlu takut kalau takde buat pape salah? Haish! Tak Salah pon nak perkenalkan diri dan bagi pandangan@komen tentang pendapat or something yang sewaktu dengannya. Bagi bloggers, kita sepatutnya muhasabah diri kita dalam semua segi. Tak kisah blogger lama ke, blogger baru macam aku ni ke. Muhasabah diri lah yang akan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya. Kalau dapat pujian, kita sepatutnya bukan sahaja berbangga, kita juga patut mengucapkan terima kasih atas pujian yang diberikan. Dan pujian2 yang diterima semestinya menjadi pembakar semangat kepada kita untuk terus melakukan yang lebih terbaik. Tapi kalau kita tengok, ramai yang angkuh dan sombong setelah mendapat beberapa pujian dan seterusnya menjadikan individu tersbut lupa diri. Hurm. Tak kesah la kan.

Okeh. Dah ade yang lebih, mestila ada jugak yang kurang. Ada yang puji, mesti lah ada yang kutuk. Memang tak leh terlepas lah. Apa yang patut kita buat kalau dapat kutukan melalui anonymous? Hurm.. yang ni critical sikit. Pandangan berbeda2. So, bagi aku, ada beberapa step yang perlu kita lakukan.

1. Kita re-check balik apa yang kita lakukan. Kenapa mereka2 yang bergelar anonymous tu bagi komen sedemikian dan kenapa kita yang berkarya ni patut dilayan sedimikian rupa? Tak salah pon kan kalau kita nak fikir balik. Bukan kena bayar pon. Once dah fikir, and you rasa apa yang you buat tu betol this mean anonymous tu salah bagi tuduhan. So, the tuduhan boleh diabaikan.

2. Kita mohon maaf. Yang ni maybe ramai yang tak setuju. “aku tak buat salah, kenapa perlu nak mintak maaf segala bagai?”.. hurm.. ni antara dialog paling femes. Tapi bagi aku lain sikit. Kita jangan ingat apa yang betul di mata kita, semua betul di mata orang lain. Madu bagi kita mungkin hempedu bagi orang lain. So, why not kita ambil satu langkah demokrasi yang bijak, mohon maaf sekiranya apa yang kita lakukan@ post entry mane2 terlepas pandang dan ada orang yang terasa hati daripada entry tersebut. Tak rugi pon. Malah orang akan lebih hormat pada kita kalau sentiasa beringat dan mintak maaf. Boleh dapat kawan lagi adalah. Kan3.~

3. Kita treat mereka2 yang bagi komen yang tak seberapa nak elok tu biar dorang sedar yang tindakan dorang ni mampu mengecilkan hati mana2 pihak. Why not kalau kita bagi nasihat untuk mereka2 yang buat keje2 kurang elok tu biar dorang sedar sikit kesilapan dorang. Kita manusia, sama2 memerlukan. We can never stand alone! Remember that. Tapi aku tengok, zaman skang ni susah nak jumpe orang yang sanggup senyum walaupun dikutuk. Manusia zaman skang pantang melihat orang lain buat silap, terus nak perbesar2kan walaupun benda yang remeh. Tak dapat apa2 kepentingan pon kalau korang buat macam tu. Rugi adalah.

Kita saling memaafkan. Kalau blogger buat silap, pembaca maafkan. Kalau pembaca buat silap, blogger maafkan. So, nak panjang cite ape lagi?terus setel kan. Amalkan system diplomasi yang baik. Biar ada win-win situation. 
 
Okeh. Dah bagi pandangan terhadap blogger, aku nak bagi pandangan terhadap  pembaca pulak.
Buat pembaca, kalau ada mana2 blogger yang buat salah, xperlu la nak hentam sana sini. Perkenalkan diri anda, dan tegur secara berhemah. Kalau diterima, Alhamdulillah, kalau teguran ditolak, tak mengapa. Jangan kecik hati. Manusia memang dengan ego masing2. Tapi kita perlu ingat, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun niat korang murni nak tegur kesilapan orang lain, tapi cara korang tu salah. Malah boleh menimbulkan kesan yang tak elok kepada yang berkenaan di mana boleh mengaibkan mana2 pihak. So, gunakan cara yang berhemah. Letakkan diri kita di tempat orang lain. What will happen if we’re on his/her side? Suke ke kalau kena kutuk macam2 camtu. 

Okeh. Back to tajuk. Tak salah nak malu-malu kalau Malu untuk buat maksiat/berzina. Kalau malu2 untuk yang ni, okeh!bagus! ini bermakna anda seorang yang baik. Tapi skang ni orang xmalu2 dah. Tepi jalan pon boleh jalankan aktiviti ehem2, inikan pulak di tempat sunyi. Tapi kita yang sedar ni, jauh2kan dan malu2kan diri untuk buat yang tu. Tapi jangan malu2 untuk bertanya jalan pulak sebab malu Tanya sesat jalan. 

Dalam hidup ni, semakin tinggi kedudukan kita, semakin besar tanggungjawab kita. so, fikir2 kan lah. 

*pengsan penat menaip*pheww~

2 comments:

Unknown said...

panjang tol. ak pn penat gk bc. huhu ap y ak nk panjangkan comment ak disini ialah.....setuju ngn kau ! ;)

Mr.Eye said...

haha..taw xpe..aku yang taip ni lagi la penat..haha.malas nak baca banyak2 kali, terus publish.so, kalau ada salah mana2 part, jgn lupa gtaw.. thanks~ ;)