Monday, February 7, 2011

Tak Salah Nak Berpolitik?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.
Dah seminggu lebih tak aktif berblog. Rindu pulak rasanya nak update entry panjang-panjang...tapi masa masih belum mengizinkan. Perlu focus kepada perkara-perkara yang lebih mustahak kerana mereka lebih memerlukan kasih sayang. Lately, kita digemparkan dengan berita pergolakan dan crisis dalaman negara di Mesir. Bimbang dan takut mengenangkan mereka-mereka yang bersaudara dengan kita yang makin terancam saban hari. Saudara sebangsa, saudara senegara dan saudara seagama ramai yang teranianya. Begitu besar pergolakan di sana. Alangkah beruntungnya kita berada di Malaysia yang aman damai tanpa krisis di sana sini. Tapi, apakah keamanan yang kite kecapi sekarang akan diwarisi kepada generasi akan datang? Apakah kedamaian yang kita rasai sekarang akan terus menjadi warisan turun temurun? Masih tiada jawapan. Berbalik kepada isu pergolakan, apakah penyebabnya? Satu perkataan yang membawa seribu pengertian. “POLITIK”. Aku tidak pernah menafikan akan kepentingan berpolitik. Malah dalam islam juga kita disarankan untuk berpolitik dan Nabi Muhammad sendiri mengamalkan politik untuk pentadbiran kerajaan islam. Tetapi, ke manakah kepentingan politik yang pada asalnya untuk menyatukan ummat manusia? Ke manakah hilangnya kepentingan politik yang pada asalnya dikatakan mampu mengegarkan dunia dengan kehebatannya? Benar! Dunia sedia bergegar, sedang bergegar, masih bergegar malah akan terus begegar. Tapi gegaran disebabkan oleh pergolakan dan perebutan kuasa politik yang kian hilang kehebatannya untuk menyatukan ummat malah mengasah ketajaman ke arah memecahbelahkan ummat. Melihat kepada prestasi politik di Negara kita, aku tidak pernah menyangkal bahawa pergolakan sedemikian boleh berlaku di Malaysia, namun aku juga tak pernah menolak bahawa pemimpin kita mampu mengelakkan perkara tersebut terjadi. Kebijaksanaan dalam pentadbiran amat diperlukan. Negara kita sebuah Negara demokrasi. Rakyat yang berdemokrasi mampu mengubah segalanya.

Para pemimpin perlu berhemah dalam mengatur langkah, bukan berhemah dalam merasuah. Pemimpin perlu berhati-hati dalam membuat keputusan, bukan sesungguh hati mengecap kemewahan. Pemimpin perlu berjiwa rakyat bagi melahirkan rakyat yang tinggi kepimpinannya.

Tanpa politik, Negara tidak akan ke mana. Tapi dengan politik, Negara juga boleh merana. Kita sebagai rakyat yang diberi mandat untuk memilih pemimpin perlulah bertindak bijak dalam setiap pemilihan.

Pilihlah pemimpin berdasarkan kemampuan kepimpinan beliau, bukan berdasarkan kekayaan beliau. Pilihlah pemimpin berdasarkan penjiwaan beliau dalam memimpin, bukan berdasarkan parti-parti politik yang diwakili. Pilihlah pemimpin berdasarkan ketinggian nilai insaniah, bukan berdasarkan kehebatan bersyarah.

Jatuh bangun sesebuah Negara bergantung kepada keikhlasan pemimpinnya mentadbir Negara tersebut, bukan bergantung kepada kepetahan pemimpinnya menabur janji-janji manis dibibir. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya mempunyai penyokong yang ramai, tapi seorang pemimpin yang mampu menegakkan keadilan rakyatnya walaupun dibenci ramai.
Fikir-fikirkanlah!
P/s: Sama-samalah kita doakan keselamatan saudara kita di mesir.moga mereka semua dilindungi Allah. Amin.

No comments: