Tuesday, January 25, 2011

Tak Salah nak Bermadah - Rintihan Seorang Hamba

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia!


Heningnya suasana pagi,
memberi ketenangan di hati.
Sejuknya cuaca pagi,
Mengundang keceriaan ke dalam diri.

Aku seorang hamba,
sujud padaNya tandaku terima,
Nikmat yang dikurnia,
terlalu tinggi nilainya.


Aku seorang hamba,
Berterima kasih kepadaNya,
Nikmat kesihatan kuterima,
Tidak terharga nilainya.

Aku seorang hamba,
diberi kelapangan tapi ku kufur nikmatNya,
kehadiran kesibukan tiada terduga,
menambahkan lagi penyesalan.

Aku seorang hamba,
selalu kufur akan nikmatNya,
sentiasa lupa bersyukur padaNya.
lalu ku mohon ampun padaNya.


p/s: jom join Bloglist Tak Salah

3 comments:

nazrul ashraff said...

ni mesti ayan tangkap lentok..haha

Nasuha Salleh said...

Nikmat Tuhan =))

Mr.Eye said...

Nazrul Ashraff:
hehe..bese la..
skali 2kala, kena gak lentok2.. ;)

Nasuha Salleh:
Yup..sesungguhnya kesusahan juga nikmat... ;)