Friday, February 25, 2011

Tak Salah nak Femes?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia
First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka2 yang sentiasa memberi sokongan terhadap blog ni. Dan pada masa yang sama jugak, aku nak mintak maaf banyak2 sebab kesibukan aku semenjak dua menjak ni menjadi penghalang kepada aku untuk keluarkan entry yang berkualiti. Walaupun jumlah entry yang aku keluarkan setakat ini boleh dikatakan memuaskan, tapi aku sentiasa tidak berpuas hati akan kualiti entry2 yang sebelum ini. Dan pada aku, kualiti sesuatu blog bergantung kepada isi dan isu yang dimainkan dalam sesuatu entry, bukan bilangan entry yang banyak. Aku setuju dengan pendapat beberapa blogger tentang kualiti sesuatu blog memainkan peranan dalam mendapatkan trafik untuk sesuatu blog. Bilangan follower yang ramai disebabkan istilah “u follow and I follow u back” aku rasa menjadi fenomena kepada blogger2 yang bersifat kurang matang kerana mereka tindakan itu hanya memberi impak yang sementara. 

Tapi, aku rasa dunia blog ni adalah sesuatu yang bukan hak milik individu, malah satu perkongsian yang menyeluruh. Dan suara2 yang dilontarkan dalam blog merupakan suatu yang dikatakan neutral dan pandangan seseorang individu. Sebab itu blog juga sinonim dengan “Freedom of Speech”. Sesiapa sahaja boleh melontarkan pandangan masing2 melalui blog. Sekarang ni, memang ramai blogger2 baru seperti aku ni muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Aku tidak nafikan ramai antara kami2 yang baru mengejar bilangan trafik untuk mendapatkan habuan tertentu. Dan bagi aku, bukan semua manusia sama. Aku bukan jenis yang mengejar trafik, mengejar follower mahupun mengejar ribuan komen terhadap sesuatu entry yang aku keluarkan. Pada pendapat aku, masing2 mempunyai cara yang tersendiri dalam menjadi blog mereka diminati ramai. Dan di sini aku tekankan bahawa kehebatan seseorang blogger bukan bergantung kepada ramainya follower beliau. Ada sesetengah blog yang aku lihat mempunyai ramai follower, namun entry2 yang dikeluarkan begitu menjurus kepada kehidupan peribadi tanpa ada sedikit nilai nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Tetapi, pada masa yang sama, aku jugak lihat akan kualiti blog yang mempunyai entry2 yang ada nilai2 kehidupan seperti nasihat dan dan sebagainya. 

Ini membuktikan bahawa bukan semua blogger mengejr trafik melalui follower, tapi ada antara mereka yang sedar akan kualiti sesuatu entry lebih berkesan dalam memainkan peranan untuk menaikkan mutu sesuatu blog. Ramai follower tidak bererti tinggi nilai trafiknya. Okeh. Jika kita lihat pada dasarnya, kenapa blog tersebut mempunyai ramai follower? Adakah sebab beliau suka blogwalking? Atau beliau suka “paksa” blogger lain follow beliau setelah beliau memollow blog lain?hurm..bagi aku, itulah kesalahan yang dilakukan. Memaksa orang untuk menyukai sesuatu yang belum tentu disukainya. Istilah follow blog pada dasarnya melihat kepada hak individu untuk sentiasa mendapatkan update daripada blog yang disukainya. Jadi, biarlah blogger lain menjadi followe kita berdasarkan istilah “mereka suka” bukannya “mereka dipaksa”.

Blog yang peribadi? Tayang gambar pakwe, makwe segala bagai? Bagi aku mudah dan senang! Kalau menyampah dengan blog2 macam ni, just close tab or windows je terus. Itu hak kita. Tiada paksaan untuk melihat update sesiapa. Kalau dan tersenarai dalam list blog I follow tuh, unfollow pom boleh. Masing2 ada hak. So aku rasa kalau faham dan mengerti akan hak masing2, tak perlu ada istilah “hentam menghentam” dalam blog masing2. Dunia blog jadi tak best kalau tiap2 hari bukak blog ada je orang yang nak dikenakan. Dan kurasakan something tak kena dengan blogger yang suka hentam menghentam ni which is Dengki! Hurm... tu pendapat aku jela.. dan kalau nak tegur, aku rasa perlulah tegur dengan cara baik. Lagipon, diorang yang buat camtu pon tak salah. Hak masing2 kan. Blog masing2. Tak suka? Unfollow! Suka? Follow! Dan aku pon tak pernah nak kisah sape yang follow aku, tapi aku selalu kisah sape yang aku follow. Sebab aku follow sesebuah blog tu dengan harapan aku dapat something daripada entry2 yang ada. 

Entry tak menarik? Update hampeh? Yang ni lagi satu aku nak ingatkan. Kita ni manusia, takkan pernah perfect. Ada ketika, iman di tahap tertinggi, ada ketika iman di tahap terendah. Itu juga memainkan peranan dalam blogging. Bila iman di tahap paling tinggi dalam diri, saat itu merupakan akal fikiran paling waras dan pemikiran yang paling mantap. Jadi, kemungkinan banyak idea2 yang bernas yang mampu dikongsi bersama dalam blog. Jadi, tak semestinya kita sentiasa akan berada dalam keadaan baik sepenuh masa. Ada certain2 time kita memerlukan masa untuk keluarkan entry2 yang berguna dan berkualiti. Tapi manusia memang takkan pernah sempurna. Jadi, never expect too much from other. Kita letakkan diri kita di tempat orang lain. Kalau kita merasakan entry2 orang lain tidak berkualiti, kita semak semula adakah semua entry2 yang kita keluarkan itu berkualiti ataupun tidak? Kalau kita merasakan orang lain menjatuhkan maruah kita, kita semak balik adakah pernah kita menjatuhkan maruah orang lain ataupun tidak. So, fikir2kanlah.

So, menjawab balik kepadap persoalan yang aku timbulkan,
Tak salah nak femes kalau kita femes atas usaha kita sendiri. Kalau kita femes atas usaha orang lain, still lagi tak salah. Tapi kejayaan yang dicapai akan lebih bermakna sekiranya ianya datang daripada hasil titik peluh kita sendiri. Itulah yang dinamakan kemanisan dalam kejayaan. Dan kita mestilah ingat, kejayaan bukanlah pencapaian, tapi ia adalah satu titik permulaan untuk kita mengekalkan kejayaan tersebut hinggalah masa yang menentukan. 

Sekian.

6 comments:

Unknown said...

kejayaan adalah sebuah perjalanan.. aku suka cara kau.. blogger camni la kita cari..

Mr.Eye said...

faiz:
hurm..btol tu.kejayaan adalah sebuah perjalanan..cam petikan ayat lam novel bercinta sampai ke syurga je..haha.. ;)

Unknown said...

la.. yeke? sape penulisnya? nak kena saman ni sebab tiru ayat aku.. haha

Mr.Eye said...

faiz:
haha..saman..saman..jangan tak saman.. ;D

eqbalzack said...

saya mampu buat 1 entry sehari je tuan...kalau tak busy mungkin 2 entry sehari...
femes? jd blogger biasa2 pun dah ok...

Mr.Eye said...

mr.eqbalzack:
gulp!terkedu jap tengok inchek ez komen..yup!kejar populariti takkan ke mana. last2 blog tah ke mana, popular pon tidak..it's ok. memadai dengan update entry2 ringkas tapi padat. biasa la. kehidupan takkan pernah lengang dari kesibukan. thanks sudi singgah kt sini. ;)