Sunday, January 9, 2011

Tak salah nk plagiat!

Salam and hai...
first of all, actually dh mls nk menaip..
tp takot nt kang hilang idea ap yang nk ditaip,
susah plak nk recall...selagi ada idea, selagi tu la kite menaip..
kalo la typist kt office2 kerajaan rajin cam blogger2, konpem xde keje tertangguh.

okeh...ada terbaca dalam beberapa blog tentang plagiarism terhadap entry2 blog...
quite interesting is it?blogger Ben Ashaari pon ad respon tentang ni..
so, ak pon sebok gak la nk respon sb bagi ak, masing2 ada pandangan masing2..
so, xkan kite just nk dgr pandangan orang jek..skali skala perlu jugak utk kite berpandangan.

bagi ak, isu plagiat ni bukan satu isu yang kecik dan diambil remeh..
sebagai blogger yang matang, kite kenalah menghasilkan karya dengan keupayaan sendiri tanpa bergantung harap kepada idea orang lain...
saudara Ben Ashaari ada mengatakan bahawa beliau tidak kisah sekiranya entry2 beliau dicopy..tapi biarlah kena pada syaratnya..itu pendapat seorang blogger terkenal..

tapi lain pula pendapat saudara Zack Entry..Beliau telah menunjukkan ketidakpuasan hati dengan mengemukakan beberapa bukti terhadap kejadian plagiarism entry blog..
"Semua blogger mula dari bawah bro. Mana ada guna taktik kotor copy paste macamni. Nak naik cepat sangat?Nak trafik cepat naik?Nak cepat dapat duit nuff??"
di sini terdapat 2 perbezaan pendapat...and bagi ak, masing2 ada rationalnya...


kenapa isu plagiarism perlu diberi perhatian?

1. seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan blogger di malaysia mahupun di dunia menghasilkan karya mereka sendiri untuk dikongsikan bersama..dalam proses untuk menyiapkan entry2 tersebut, pelbagai pengorbanan yang dilakukan antaranya masa dan tenaga...dan sekiranya individu yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang2nya memplagiat entry tersebut dalam masa kurang daripada 1 minit, adakah itu tidak dikira sebagai jenayah?
2. sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab, kita mestila mempunyai etika dalam setiap aktiviti yang dilakukan...blog kini merupakan salah satu sumber menjana keuntungan bagi sesetengah blogger dan boleh dikatakan hampir 80% blogger  menjana keuntungan daripada blog..sekiranya sesuatu entry dicopy dan entry yang dicopy itu lebih mendapat perhatian daripada blog yang asal, secara tidak langsung mereka yang melakukan aktiviti plagiat ini mendapat keuntungan hasil daripada titik peluh orang lain..adakah itu bukan jenayah?
3. sesetengah blogger mengemukakan pendapat peribadi bagi respon kepada sesuatu isu..pada kebiasaannya, entry yang berbentuk pandangan peribadi ini akan menggunakan pengganti diri "saya atau aku", maka setelah dicopy dan dimasukkan ke dalam blog2 lain, dan setelah dibaca oleh pembaca ianya akan menjadi pandangan orang yang copy entry tersebut...dan kadang2 entry yang bersifat pandangan ini mempunyai rasionalnya yang tersendiri dan hanya difahami sepenuhnya oleh mereka yang mengemukakan pandangan tersebut..bayangkan sekiranya ia berkaitan dengan agama di mana boleh memesongkan akidah si pembaca tanpa penjelasan yang sewajarnya, apa yang akan berlaku?

kenapa masih berlaku aktiviti plagiarism?
kerana kurang kesedaran akan seriusnya masalah plagiarism dalam diri..biasanya mereka yang melakukan plagiarism ini adalah mereka yang masih baru dalam dunia blog (aku pun baru gak..hehe) dan kurang mendapat pendedahan...mereka yang menuntut di mana2 kolej, ipta dan iptsbiasanya tahu betapa seriusnya masalah ini...(sebab korang xleh plagiat article utk siapkan thesis)

penyelesaian?
seperti yang dinyatakan dalam tajuk entry ini, Tak salah nk plagiat sekiranya:
1. anda mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punye entry tersebut.
2. anda haruslah menyatakan sumber petikan itu diambil ataupun credit kpd si penulis asal.
3. anda ikhlas untuk berkongsi maklumat yang terdapat di dalam entry tersbut kpd orang ramai.
4. kalo boleh, elakkan daripada mengambil hak cipta orang lain tanpa kebenaran.

p/s: entry ini hanyalah pandangan peribadi..tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak...yang mane salah, sila betulkan...thank you!

8 comments:

Ben Ashaari said...

sokong...

ZACK ENTRY said...

tak salah copy paste..tapi ada caranya..letakkan sumber dari mana..

tapi blog tersebut sekadar copy paste entry..

1.apa tujuan dia berblog?
2.nak dapat trafik free dengan entry orang lain?
3.gembira dapat duit nuff dengan cara itu?

apapun, jaga etika berblogging..=)




btw, thankz kerana promot link..tak ada nak marah ler..peace ^_^

HerNameIsSha said...

copy jap ea "bayangkan sekiranya ia berkaitan dengan agama di mana boleh memesongkan akidah si pembaca tanpa penjelasan yang sewajarnya, apa yang akan berlaku?"

sha stuju..

hmm kalau buat assignment, plagiarism nie kn byk blaku.. lg la tiru bulat2..

emm spatutnye klu nk copy info org lain tu perlu minta izin n bg kredit.. tp lain kes for student..
nt malas sokmo =)

Mr.Eye said...

Mr.Ben:
thanks! ;)

Zack Entry:
rilex2 keh..maybe dia budak mentah lg..*cam ak jugak la*keh3~peace~ ;)

Shahidayu Othman:
haa..taw xpe..sy tulis entry ni pon sb salu kena plagiat..pedih woo rasanya bila keje kita diclaim keje orang lain..huhu

budaksowt said...

betul....aku sokong...

Mr.Eye said...

aku_azreen:
thanks!

Azliza Mohamed said...

hurmm..betul lahh..nk buat sesuatu entri ni, kita kena fkr betul2 nak tulis ape. pilih ayat yg bersesuaian, dn macm2 lagi la...btw, i'll be one of ur readers after dis :)

Mr.Eye said...

Dark chocolate:
wah..mengidam plak sy nk mkn coklat..heee.~
thank sudi melawat my 'xseberapa' blog ni...hope u like it...sebarang komen dan cdgn, jgn segan2..just bgtaw je..i'm open..