Wednesday, January 5, 2011

Tak salah nk jadi hebat

sehebat manapun eorang pemotong rambut,
tidak dapat memotong rambutnya...

sehebat manapun seorang guru,
tidak dapat mendidik dirinya di usia muda...

sehebat manapun seorang menteri,
tidak mampu mentadbir alam semesta...

sehebat manapun seorang hakim,
tidak mampu mengadili dirinya sendiri...

sehebat manapun seorang peguam,
tidak mampu membela nasibnya di akhirat kelak...
sekaya manapun seseorang itu,
tidak mampu membeli kemewahan syurga...

Sehebat manapun seorang doktor pakar,
tidak mampu melalikan sakit matinya...

Sehebat mana penggali kubur,
tidak mampu menggali kubur utk dirinya.

sehebat mana imam manusia,
tidak mampu mengimamkan solat jenazahnya..

sehebat mana pemandu kereta,
tidak dapan memandu kereta jenazahnya...

sepantas manapun seorang pelari pecut,
belum tentu dapat memecut melintasi titan sirat...
sehebat manapun seorang atlit,
tidak mampu beraksi di padang mahsyar..

ingatlah teman,
kita manusia,
kita lemah tiada berdaya...
tanpa-Nya siapalah kita..
dengan-Nya kitalah hamba...
dari-Nya kita datang,
kepada-Nya kita kembali...

*sekadar peringatan utk diri sendiri dan rakan2*



2 comments:

alexa yussida said...

manusia tu tak pernah akan sempurna kecuali nabi s.a.w

Mr.Eyes said...

betol..sedangkan nabi pon ada jugak kesalahan, apatah lagi kite manusia biasa..